Saturday, 9 December 2017

Sedikit Mengenai Tun M.

SIAPA KAH DIA ?

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” kata kata siapakah ini?

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya, menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dibahu dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

"Dari segi apa kamu menghukum dia tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Dia pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bagitahu sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet telah "offer" untuk pergi menemani beliau tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau
Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Bercerita seseorang yg pernah menjadi pengawal peribadi beliau kepada saya.

16hb Feb 2017
Selepas Subuh

Tuesday, 14 November 2017

Parti Amanah Negara : Harapan Penoreh Getah

Sudah 2 tahun usia Parti Amanah Negara. Parti yg dipimpin oleh Abg Mat dan Abg Din berjaya menempatkan diri di persada politik negara. Usia muda , jiwanya besar itulah yg mahu dizahirkan oleh parti yg berteraskan Islam Rahmatan Lil Alamin. Islam itu Rahmat Untuk Seluruh Alam. Jika ini matlamat penubuhannya, sudah pastilah Al Quran , Hadis dan Sunnah dijadikan panduan. Amanah percaya Islam itu agama yg lengkap. Semuanya telah dilengkapkan oleh Rasullullah sebelum Baginda wafat.

Perkebun  dan penoreh getah  kecil adalah kelompok rakyat Malaysia yg kurang bernasib baik. Kebun mereka kecil , kebanyakannya bersaiz sekitar 2 ekar ke 3 ekar sahaja. Harga getah ketika ini murah. Bila hujan takmboleh menoreh, sewaktu pokok melawas juga tak boleh menoreh. Purata, penoreh hanya mampu menoreh sekitar 5 bulan dalan setahun. Hujung tahun antara waktu yg amat kritikal buat mereka. Waktu ini mereka memerlukan banyak wang untuk anak anak meneruskan persekolahan . Yuran , duit buku dan pakaian  sekolah bukannya kecil jumlah wang yg perlu disediakan. Tapi waktu inilah musim hujan dan banjir. Waktu tiada pengeluaran tapi belanja yg diperlukan amat besar.

Kita dapati waktu ini banyak NGO , pertubuhan dan individu mengambil inisiatif menghulurkan bantuan makanan, memberi bantuan pakaian dan keperluan sekolah . Mereka ini  juga membantu meringankan beban ketika bulan Ramadan. Modus operandi mereka mudah, kutip derma , beli barang keperluan dan edarkan kepada yg memerlukan. Usaha ini sangat murni dan mesti dihargai. Beruntunglah mereka yg mendapat bantuan. Beruntung juga mereka yg menyumbang. Hanya Allah yg mampu membalas jasa baik mereka ini. Kita doakan semoga rezeki mereka terus barakah dan mewah.

Amanah Perlu Beri Joran dan Ajar Cara Memancing

Jom kita kaitkan dengan Parti  Amanah Negara. Bagaimana parti Islam ini  menyelesaikan masalah penoreh dan perkebun kecil getah di seluruh negara?  Adakah Amanah juga mahu melihat penoreh getah dan perkebun kecil ini terus terusan begini? Adakah modus operandi  Amanah sama dengan NGO dan badan badan kebajikan yg lain? Jika begitu, baik sahaja Amanah menjadi NGO . Sebagai sebuah parti politik,  Amanah kena bertindak melebihi tindakan NGO. Jika NGO memberi ikan, Amanah perlu memberi kail. Amanah perlu bimbing mereka keluar dari kemelut kemiskinan ini.

Adakah Amanah mahu menjadi seperti parti Islam yg satu lagi itu? Sudah berusia lebih 60 tahun, tapi masih juga belum matang matang. Mereka lansung tiada agenda untuk mengeluarkan  penoreh dan perkebun kecil ini dari kemiskinan. Lebih sedih, mereka yg sudah sedia miskin ini diminta berkorban dangan alasan infaq untuk akhirat. Ramai juga calun calun yg telah menang dengan bantuan infaq infaq daripada si miskin, tapi bila sudah menang si miskin ini terus diminta mengeluarkan infaq, sedangkan mereka yg dahulunya tidak punya sebarang harta sibuk menyalurkan pendapatan dan elaun yg diperolehi untuk membeli kereta baru  kononnya untuk memudahkan perjuangan, sedangkan dahulu semasa tiada kereta baru sudah boleh berjuang.  Itu adalah alasan untuk menghalalkan  mereka menggunakan elaun yg diperolehi untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Mereka juga sibuk menggunakan elaun elaun yg diperolehi untuk membuat istana istana kecil demi kepentingan mereka sendiri. Sebelum bergelar YB boleh duduk rumah yg kecil , bila sufah bergelar YB, belum pun sepenggal sudah mampu membina istana hasil undi yg diperolehi daripada semua kaum, termasuklah yg mereka musuhi hari ini. Adakah bakal YB dari Amanah juga akan bersikap demikian? Jika beginilah sikap yg akan berlaku, malulah pada Ahli Parlimen Sungai Siput.

Nasib penoreh yg  miskin terus dilupakan, orang miskin nak jumpa sahabat lama yg dah jadi YB pun susah sebab YB YB yg mereka telah infaqkan duit tempoh hari lebih berminat melayan tauke tauke balak dan lombong. YB yg menerima infaq orang miskin  dahulu, tanpa merasa malu terus meminta infaq dari si miskin, sedangkan mereka bersenang lenang melawat ke luar negara bersama sama dengan kenalan baru atas alasan kerja.

Nasib penoreh terus terpinggir, 60 tahun berjuang mengharapkan kemenangan untuk mengharapkan perubahan akansesekali datang berkunjung kononnya untuk menghulurkan bantuan dan untuk terus mendapat sokongan. Yg lebih jelik, mereka ini hanya sekadar jadi tukang bawa dan bagi, barangan dan cenderahati yg mereka hulur itu bukannya dari duit elaun yg mereka dapat tapi duit dari sumbangan orang lain. Jika sudah membuat loan rumah bangalow dan loan kereta mewah, jgn harapla mereka ini akan guna duit darimelaun mereka untuk rakyat yg mengundi mereka.

Alasan kita belum memerintah, adalah alasan parti yg tidak matang matang . Jika pemimpin Amanah juga berfikir seperti parti yg tak matang matang itu, jangan duduk dalam barisan pimpinan Amanah, baik anda isi borang dan duduk sahaja dalam parti  anda yg lama itu.

Dahulu 30 tahun dahulu pendapatan RM 300 sebulan mampu la juga bernafas sebab kos sara hidup ketika itu masih rendah dan tenaga mereka masih muda. Tapi hari ini, boleh buat apa dengan jumlah pendapatan sebesar itu.  Hari ini mereka semua sudah tua, anak muda terpaksa memilih untuk meninggalkan pekerjaan menoreh sebab memburu perkerjaan lain yg menjanjikan pendapatan tetap dan lumayan. Yg bernasib baik dapatlah bantuan daripada anak anak , yg lain terus mengharapkan bantuan orang dan jabatan tertentu.

Amanan perlu punya agenda khas untuk membantu mereka. Mereka ini ramai, kita kena bantu dengan penuh iklas. Jangan fikir sangat mereka akan undi kita atau tidak. Kita kena fikir, mereka ini  pelanggan utama kita. Bila mereka mampu berdikari, mereka punya masa untuk berfikir. Sebab itulah penduduk di kawasan felda, felcra, perkebun RISDA susah untuk mengubah undi mereka, mereka  tahu, siapa yg bantu mereka semasa mereka susah. Walau apa pun penyelewengan yg didakwa terhadap pihak pengurusan agensi tersebut, mereka masih boleh bertolak ansur.

Mereka juga faham harga barang keperluan naik, tapi mereka juga tahu hidup mereka masih senang berbanding suatu ketika dahulu. Nasib peneroka dan nasib perkebun kecil tak sama. Jadi lebih mudah kita membantu perkebun kecil. Kita fikir dan usahakan sesuatu yg boleh menaikkan pendapatan mereka. Kita berfikirlah sejenak, dengan izin tuhan, rezeki mereka akan bertambah. Kuasa beli mereka akan meningkat, negara kita akan bertambah makmur.

Kita kena faham, golongan ini ramai. Mereka punya suara yg amat berharga. Jika mereka berjaya melepasi tahap kemiskinan, kebergantungan mereka terhadap agensi agensi kerajaan akan renggang, mereka akan berani membuat perubahan bersama mereka yg berusaha mengubah nasib mereka.

Jangan Kafirkan Orang Islam Yg Lain Untuk Menuntut Syurga Dari Allah

Salam sejahtera saya ucapkan untuk sahabat sahabat yg sudi membaca  ruangan saya yg cetek ilmu ini. Saya tak malu mengaku, saya cetek ilmu pengetahuan. Cetek ilmu mengenai kehidupan, cetek ilmu mengenai alam kubur, cetek ilmu mengenai akhirat dan cetek juga ilmu sains dan teknologi. Saya juga mengaku, saya juga lemah ilmu pengurusan kewangan dan perniagaan.

Saya dengan rendah diri mengaku, saya tidak hafaz 30 juzuk Al Quran dan juga tak dapat satu pun hadis Rasullullah yg sahih, tiada saya malu mengakuinya. Semoga Allah memberi keampunannya pada saya dan kita semua.

Sebagai seorang yg jahil, saya percaya manusia tiada hak menentukan syurga dan neraka untuk siapa sahaja. Saya yg fakir ilmu ini juga faham syurga dan neraka bukan milik sesuatu kaum atau pun parti politik.

Saya orang jahil, orang jahil ini tahu semua anak anak Adam berdosa dan sentiasa berdosa kecuali mereka mereka yg maksum sahaja. Yang maksum , cuma para Nabi dan Rasul sahaja. Yg lain sy tak berani nak cakap.

Saya bersyukur, saya sedar  jahil dan banyak dosa. Saya cuma berharap, Allah ampunkan semua dosa dosa saya. Saya juga banyak berdosa dengan insan, semoga mereka juga ampunkan saya.

Hidup ini juga amat singkat untuk kita mengira dosa orang lain. Hidup ini amat singkat jika kita masih belum sedar kita berdosa, hidup ini terlalu kritikal untuk kita anggap kita sudah suci dari dosa,  umur terlalu pendek untuk kita istihar kumpulan kita  sahaja yg suci dan hidup kita akan jadi sia sia sekiranya kita anggap parti kita sudah suci , perjuangan kita jadi tak berguna jika kita menilai perjuangan kita  sahaja ygAllah redha .

Percayalah kita berbohong jika kita mendakwa perjuangan kita perjuangan yg Allah redha, mana mungkin kita tahu , Allah redha atau tidak dengan perjuangan kita. Kenapa kita kata Allah redha  dengan perjuangan kita? Sebab kita rasa  parti kita berteraskan Al Quran dan Hadis... sebenarnya kita sedang tertipu dan menipu diri kita sendiri. Belum tentu Allah redha dengan perjuangan kita walaupun kita lakukannya  mengikut Al Quran dan hadis, itu bukan jaminan Allah akan  redha. Ramai yg tertipu.

Janganlah terlalu cepat yakin telah mendapat redha Allah, dan jangan terlalu  cepat menyatakan perjuangan orang lain Allah tak akan redha sebab tak "sebut" perjuangan mereka berdasarkan Al Quran dan Hadis. Jangan terlau cepat menyatakan perjuangan orang lain kerja yg sia sia. Janganlah terlalu sombong.

Syurga dan neraka itu milik Allah.

Perjuang Amanah kena ingat 3 kumpulan manusia yg Allah kata telah berbohong  semasa hidup di akhirat nanti. Siapa mereka ni?

Orang yg mati syahid, mereka mendakwa mereka hidup dan  mati kerana memperjuangkan Islam, tapi Allah laknat mereka sebab Allah tahu mereka sebenarnya menipu, mereka hanya mahu didendangkan dan dapat  oleh orang yg hidup  sebagai syuhada.

Orang yg rajin bersedekah , mereka ini juga tertipu dengan sedekah mereka dan Allah melaknat mereka.

Orang ygalim dan  rajin menyampaikan ilmu agama, mereka juga tertipu dan menipu dengan amalan mereka. Mereka ini juga Allah laknat.

"Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.”

Bukan menjadi satu kepelikan apabila di akhirat kelak ada ahli maksiat yang akan masuk syurga kerana taubatnya yg benar.

Manakala ada ahli ibadah yang dicampakkan ke dalam neraka kerana amalnya yang penuh dengan riak dan takkabur.

Semoga amalan kita tidak menjadi seperti buih-buih di lautan. Kosong, tiada nilai dihadapan Allah dek kerana tiada keikhlasan keranaNya

Saturday, 14 October 2017

Orang Muda Mahu Tahu Wawasan Baru Negara Malaysia Di Bawah Pakatan Harapan

Selama 60 tahun umat Islam Malaysia memberi ruang dan pilihan kepada 2 parti gergasi Melayu Islam iaitu Pas dan Umno. Perjuangan parti parti tersebut lebih awal dari kemerdekaan negara ini.

Jika dilihat, kedua kedua parti ini gagal sebagai peneraju umat Islam. Pas mengambil sikap lepas tangan, menyalahkan kerajaan BN atas semua kebobrokan yg berlaku dalam negara ini.  Semua masalah masyarakat hari ini Pas sangkut ke bahu Umno dan BN. Tiada apa apa tindakan yg mampu Pas lakukan terhadap  masalah masalah di bawah.

Masalah rempit, dadah, sumbang mahram, pergaulan bebas, keciciran pendidikan, keruntuhan moral dan akhlak, kehilangan tanah milik muslim, jemaah solat subuh yg sedikit,   kehilangan wang dan harta umat Islam, mat Islam yg ketingallan teknologi dan peradapan, tentera umat Islam yg lemah, kewangan negara Islam yg lemah ,umat Islam tak punya gedung perniagaan yg besar ,umat Islam gak punya industri yg besar,pengangguran di kalangan umat Islam yg  tinggi . Semuanya Pas salahkan kelemahan umno, sedangkan Pas lansungbtak pernah memberi jalan keluar (cadangan pun tak ada).

Umat Islam Malaysia Tidak Mampu Berdaya  Saing Dengan Penganut Agama Lain

Selama 60 tahun, pemahaman terhadap  Islam dan perjuangan Rasul gagal diterjemah dan diamalkan dengan baik di negara ini. Contohnya, umat Islam sensitif dengan babi sampaikan tangan yg membaiki handphone pun jadi isu. Tapi, mereka tidak memandang serius pembaziran makanan oleh anak anak muslim yg tinggal di rumah dan juga asrama.  Malah ,ada  sekolah agama menjual sisa makanan kepada pengusaha ladang babi, mereka ini membekalkan makanan yg murah untuk industri ini.

Umat Islam lebih dimomokkan dengan peraturan peraturan sehingga ada yg sanggup bercerai, tidak makan sembelihan, tidak menghormati jemaah yg bukan satu jemaah dengan mereka dan gagal bersatu dalam menyelesaikan masalah umat Islam seperti isu pendidikan. Sedangkan saya telah menyaksikan bagaimana semua parti bangsa Cina ( MCA, Gerakan dan DAP) versatu menyelesaikan masalah dana sekolah dan penjaja mereka. Bantuan yg mereka berikan tidak mengira fahaman politik.

Semua masalah masyarakat Cina boleh diselesaikan dengan mudah dan berjemaah. Kerjasama yg mereka lakukan tidak pernah kerana nak kejar pahala, tapi mereka lakukannya dengan ikhlas demi kejayaan bangsa mereka. Ini sudah menjadi budaya yg perlu dihormati dan diikuti oleh orang Islam di Malaysia. Persefahaman ini membolehkan bangsa Cina lebih berdaya saing berbanding dengan umat Islam dalam negara ini.

Anak anak orang  bukan Islam keturunan Cina dan India sudah berjaya menguasai 3 bahasa sedangkan anak anak orang Islam terutamanya Melayu terkial kial untuk menguasai 2 bahasa. Kemahiran berbahasa telah menyebabkan mereka lebih berdaya saing dan mendapat pasaran yg panas di pasaran tenaga kerja. Ada banyak jawatan kosong ditawarkan di China dan India. Kemahiran menulis dan membaca dalam bahasa Tamil dan Cina membolehkan anak anak ini menjawat jawatan jawatan utama dalam syarikat dengan memperolehi pendapatan yg lumayan.

Saya juga pernah menghadiri  program melahirkan saintis muda yg dikelola oleh belia belia India . Program itu melibatkan semua sekolah kebangsaan tamil seluruh negara. Semua dana ditaja sepenuhnya oleh mereka tanpa mengira fahaman politik. Telah 10 tahun program itu berlansung, tanpa dana dari pihak kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri. Sedangkan Pas sudah mentadbir Kelantan lebih dari 26 tahun, tapi pernahkah program kemahiran inimdilakukan oleh mereka di Kelantan , Terengganu, Kedah , Selangor dan Perak? Jawapannya tidak pernah, bincang pun tak pernah. Jadi adakah Pas boleh dijadikan pilihan untuk mengantikan UMNO? Jawapannya  tidak, sebab umno yg berkuasa di pusat dan banyak negeri juga gagal macam Pas melaksanakan program bermodal kecil seperti ini.

60 tahun Pas dan UMNO kononnya membela umat Islam, tapi  mereka gagal melahirkan anak anak Islam yg boleh menguasai banyak bahasa. Banyak jawatan kosong yang memerlukan kemahiran berbahasa asing di Jepun, Korea, Russia, German dan lain lain negara . Oleh kerana anak anak Cina dan India punya kemahiran bertutur dan menulis bahasa asing , mereka telah  mengisi jawatan jawatan yg bergaji lumayan di Jepun , Korea, Arab dan China. Anak anak  Melayu Islam hanya mampu jadi pemetik buah di Australia dan tukang cuci di England.

Umat Islam Penjawat Awam  Mempunyai Hutang Isi Rumah Yg Tinggi dan Kadar Simpanan yg rendah

Inilah yg berlaku sepanjang 60 tahun Malaysia merdeka. Sepanjang tempoh ini kedua dua parti tersebut hanya berjaya melahirkan  penjawat awan yg mempunyai pendapatan yg besar tetapi dalam masa yg sama mempunyai hutang isi rumah yg tinggi. Gajimdan elaun mereka habis digunakan untuk membayar hutang, semakin tinggi gaji yg diperolehi, semakin tinggi komitment hutang mereka. Mereka berhutang untuk mempamerkan kemewahan dan untuk tujuan yg tidak menguntungkan.

Oleh kerana mereka bergaji, ramai yg memiliki hutang kad kredit yg besar. Kesannya hutang mereka tidak berkurang sebab yg mampu  dibayar hanya faedah pinjaman. Perangkap hutang kad kredit amat membimbangkan. Sepanjang tempoh  60 tahun Umno dan Pas memimpin umat Islam ,  umat Islamlah yg paling banyak dibankrupkan oleh bank dan institusi kewangan disebabkan gagal membayar hutang kad kredit.  Kebanyakannya berusia di bawah 40 tahun.

Di saat orang lain sudah mampu menabung dan mempungai tabungan yg tinggi,  orang Islam terkial kial menyelesaikan hutang hutang peribadi, perumahan dan kenderaan. Anak anak orang bukan Islam juga sudah menikmati faedah simpanan yg tinggi, anak anak Melayu Islam kepanasan dikejar PTPTN  dan tabung yayasan negeri serta lain lain institusi kewangan yg lain. Sebabnya, Pas dan Umno gagal menanam konsep berjimat dan berhemah semasa berbelanja. Kedua dua parti tersebut juga gagal mengajar kaedah menabung yg konsisten kepada umat Islam di Malaysia.

Lebih sedih ada penjawat awam dan swasta yg mempunyai pendapatan besar semasa bertugas mengalami masalah kewangan selepas bersara. Sebabnya gaji  pendapatan mereka menyusut hampir separuh daripada pendapatan semasa berkerja, sedangkan perbelanjaan mereka selepas bersara ramai yg melebihi pendapatan ketika itu. Ramai yg terpaksa berkerja sebab kos sara hidup semakin tinggi dan keperluan anakmanak juga semakin tinggi. Sampai bila kita mahu mereka ini terus berkerja dan berkerja? Sebabnya mereka tak punya tabungan yg boleh memberi pendapatan tambahan kepada mereka.  Pas dan umno selama 60 tahun gagal membimbing rakyat Melayu Islam untuk menabung.

Gagal Pertahankan Industri  Strategik Negara

Semuanya ini Pas salahkan  UMNO. Pas lupa, itu juga kegagalan mereka. Pas hanya pandai menyalahkan Umno tapi gagal mengambil alih peranan Umno. Sewaktu Proton mahu dijual kepada syarikat China, Pas gagal menawarkan harga yg lebih baik pada kerajaan Malaysia untuk mengambil alih syarikat kereta ini.

Jika amanah negara ini  terus dipikul oleh Umno, makin banyak harta  strategik negara seperti perkhidmatan keretapi , perkhidmatan laut dan penerbangan akan tergadai . Harapkan Pas, mereka hanya tahu menyalak tanpa berupaya menyelamatkan keadaan.

Ulamak ulamak Pas tahu kisah Khalifah Osman membeli telaga milik seorang Yahudi, tapi mereka tidak tahu bagaimana ianya dilakukan, mereka juga tidak tahu bagaimana menguruskan  dana dana yg ada pada umat Islam untuk memiliki perniagaan yg strategik.  Sepatutnya Pas mampu mengambil alih Proton malah mampu  menguasai  industri kereta China dan juga industri kereta dari negara lain. Bukan itu sahaja, sepatutnya Pas hari ini mampu membeli negara China atau mana mana negara di dunia ini. Sebab apa Pas tidak mampu lakukannya? Sebab pemimpin Pas tidak mempunyai visi yg besar untuk  rakyat Malaysia, mereka tak tahu nak buat apa bila Proton dijual, mereka tak buat apa bila pemimpin Umno menjual hartanah kepada orang asing. Yg mereka tahu cuma salahkan umno sahaja.

Inilah cabaran yg perlu dilakukan oleh Parti Amanah Negara, parti ini mesti mampu mempertahankan aset dan kedaulatan negara ini dengan kekuatan yg dibantu oleh semua rakyat Malaysia. Pemimpin Amanah mesti jujur dan ikhlas menggunakan dana dana milik rakyat Malaysia untuk membeli industri industri strategik seperti perkapalan, aeroangkasa, aotumobil, tekstil, minuman, tenaga, bekalan air bersih, komunikasi , maklumat dan petrokimia. Pemimpin Amanah perlu punyai visi yg besar, bukan sekadar mahu menang pilihanraya sahaja .

Pemimpin pemimpin mesti mampu berfikir untuk membeli aset  strategik negara China, USA, Kanada, UK, Jepun dan lain lain negara.  Tun Mahathir telah buktikannya dengan membeli Dunlop , Lotus dan lain lain ladang milik orang asing suatu ketika dahulu. Syarikat besar seperti San Miguel adalah contoh kejayaan membeli aset strategik negara Filipina dan kepentingan Exxon Mobil di Malaysia.

Orang Muda Melihat Dan Menilai dan Mahukan Wawasan Negara Yg Baru

Orang  muda melihat tanah milik Melayu dijual oleh bangsa asing, orang muda melihat hartanah strategik dibeli dan dimiliki oleh orang asing orang muda melihat tiada perniagaan atau kilang dimiliki oleh umat Islam. Orang muda melihat Pas gagal membendung kejahatan yg pemimpin negara lakukan. Anak muda yg terdedah dengan lambakan maklumat tahu Pas dan Umno gagal, mereka mengharapkan akan ada sebuah parti yg benar benar mereka boleh harapkan. Amanah dan PPBM boleh mengambil peluang ini. Anak muda Malaysia mahu mendengar visi dan misi kerajaan baru Malaysia.

Pemimpin  Pakatan Harapan mesti menunjukkan kesungguhan dan kreativiti untuk memajukan negara.   Anak anak muda mahu mendengar suatu harapan  seperti Wawasan 2020.   Hari ini anak muda Wawasan 2020 telah tua, anak muda hari ini perlukan sebuah wawasan yg lebih mantap dan berdaya maju untuk mereka. Pemimpin Pakatan Harapan wajar memvina semula suatu wawasan yg baru untuk mereka.

Anak anak muda hari ini sedang tertekan, peluang pekerjaan semakin kurang,  kos sara hidup semakin tinggi, kos berkahwin juga tinggi, kos  lampin pakai buang dan susu bayi semakin mahal, kos rumah semakin mahal, kos keperluan asas semakin mahal, kos pengankutan awam mahal dan kos membeli kenderaan juga semakin mahal.Percayalah, anak muda hari ini menolak politik perkauman, menolak politik maki hamun dan menolak politik fitnah. Anak muda hari ini lebih kritis dan objektif.  Mereka mengharapkan pimpinan Pakatan Harapan.

Agama islam yg ditafsirkan sebagai agama yg tinggi dan tiada yg tinggi melainkan islam pada hari ini adalah sebuah agama yg jika diukur dgn pembaris bernama al quran maka sesungguhnya ia telah berada diluar dari garis selari Al  Quran.Terjemahan konsep dan falsafah ayat yg sempit serta terlalu jauh dari kerelevanan kehidupan menyebabkan islam kelihatan gagal membawa umatnya menjadi maju dan kehadapan.Pemikiran umat masih tidak boleh terkeluar dari momokan para agamawan yang dikatakan ulamak dari kejauhan tetapi gagal memperlihatkan keterbukaan ilmunya dikala kita berdekatan dan berhadapan.

Bagilah peluang parti baru berjuang setelah 60 tahun gagal. Sebagai sebuah parti yg telah matang, kehadiran Amanah perlulah di alu alukan, bukannya disekat dan dituduh dengan pelbagai gelaran. Apa salahnya bg peluang kepada yg baru?

Maka PH harus lihat dengan penuh teliti isi dan pengajaran al quran terhadap pendekatan dalam mengubah apa yg selama ini dikatakan gagal dilakukan oleh BN dan Pas dalam konteks menggunakan agama utk kemajuan. Kita mahu Islam dilihat sebagai maju, baik dan terkehadapan. Kita mahu lihat Islam sebagai Rahmat Untuk Sekelian Alam.Sebagai pendokong Amanah, saya akan bersama pemimpin Amanah menjadikan harapan anak muda ini sebagai agenda utama kami.

Jangan Jadikan Majlis Ilmu Sebagai Tempat Menipu Dan Menjahilkan Umat Islam

Sejak sekelian lama majlis ilmu telah dijadikan pusat untuk menanam doktrin kepartian terhadap umat  Islam di negara ini.Suasana ini makin kronik menjelang pilihanraya  umum ataupun pilihanraya kecil. Lebih kronik, tazkirah ramadan dijadikan medan untuk menghina tokoh tokoh tertentu tanpa mengira audien audian yg hadir. Bukan semua audien mahu dengar ceramah politik atau doktrin mereka , tapi jawatan kuasa surau tidak peka dengan kehadiran jemaah. Bagi orang orang tertentu dalam jawatan kuasa surau, semua orang seperti mereka.  Bagi mereka inilah masa yg terbaik untuk  doktrin doktrin parti mereka  ditanam di dalam minda ahli jemaah yg hadir.

Majlis ilmu dijadikan medan untuk mencerca mufti mufti dan ustaz ustaz yg tidak sefahaman atau tidak setuju dengan pendapat mereka .Kata kata nista seperti mufti banggang, ustaz itu sesat, ustaz itu  wahabi / syiah dan lain label dikeluarkan oleh si penceramah yg dijemput membeli tazkirah ataupun menyampaikan majlis ilmu. Tingkah laku dan hujah hujah mereka menunjukkan mereka tidak pernah matang. Mereka lupa perbuatan dan kata kata keji mereka ada kanak kanak yg mendengar. Ada orang tua yg mendengar. Ada orang orang mufti atau kawan ustaz yg mendengar. Ada hati hati yg telah terguris.

Dalam surau inilah mereka melebal lebal mereka yg tidak bersetuju dengan mereka. Surau dan masjid dijadikan wadah untuk  mengeluarkan hukum dan fatwa. Macam budak masih berhingus, siapa sahaja yg tak bersetuju dengan mereka, parti mereka dan fahaman mereka akan difatwakan mengikut sedap mulut mereka waktu itu. Fatwa seperti sesat, munafik dan halal darah boleh difatwakan oleh siapa sahaja. Tak perlu merujuk majlis fatwa kebangsaan.

Masjid juga dijadikan tempat berbohong dan menipu. Seolah olah menipu dan berbohong itu suatu kemestian demi meyakinkan audien yg hadir. Penipuan fakta umpama nasi tambah dan lauk pauk yg menyedapkan hidangan. Jemaah pula hanya dengar dan terangguk angguk walaupun telah ditipu hidup hidup. Saya kasihan melihat audien yg rata ratanya berusia emas ditipu . Sedihnya mereka ini saya tak pasti, adakah tak memahami keadaan atau memang sedia untuk didoktrin untukmbersetuju sahaja dengan apa yg disampaikan. Mereka tak berani menegur penipuan  tersebut, mungkin takut akan dituduh mengganggu majlis ilmu. Maka bermaharajalelalah penipuan di situ.

Tokoh tokoh yg mereka tidak berkenan akan difitnah. Tokoh tokoh tersebut dilabel sebagai liberal, menyokong lgbt, menyokong gerakan murtad, sekular, wahabi , taat pada pemimpin kafir dan lain lain fitnah. Ada ustaz pernah kononnya membuka rahsia besar gerakan kristian yg disokong oleh kumpulan kumpulan umat Islam tertentu. Ada juga menyatakan tokoh tokoh tertentu mendapat tajaan berbillion ringgit dari regim Zionis. Tapi bila dicabar untuk membuat lapuran polis, ustaz tersebut terhu hak hu hak untuk menjawab. Setakat hari ini tiada lapuran polis yg dibuat oleh ustaz tersebut. Fitnah mereka bukan sekadar terhadap tokoh tokoh tertentu sahaja, hatta sahabat Nabi juga pernah difitnah sebagai munafik. Malah ada yg memfitnah di Pulau Pinang azan sudah tidak dibenarkan. Fitnah dan pembohongan ini seolah olah tidak pernah akan berhenti.

Majlis ilmu juga dijadikan tempat untuk umat Islam berpecah pecah. Tragedi dua imam sebab berlainan fahaman politik sebagai contoh. Majlis ilmu juga digunakan untuk memecah belahkan hubungan suami isteri yg berlainan fahaman politik. Mereka yg tidak bertanggungjawab ini menyindir yindir dan mencabar status suami yg gagal tarbiyah isteri atau suami mereka mengikut fshaman mereka. Sedih juga , majlis ilmu juga digunakan untuk memisah misahkan kuburan mereka yg menyokong atau tidak menyokong fahaman dan perjuangan mereka  sehingga ada yg memfatwakan kalau tak sokong usaha mereka, mati mereka akan tanam di jirat. Kesannya masyarakat akan berpecah dan berpuak puak disebabkan hujah hujah seperti itu.

Sepatutnya majlis ilmu digunakan untuk meransang menambah kehadiran jemaah bukannya mengurangkan jemaah. Majlis ilmu digunakan untuk meransang ekonomi ummah, ianya juga mesti dijadikan wadah untuk menyatu padukan semua umat Islam. Malangnya, puak puak yg perasan mereka sahaja yg betul tak mahu insaf insaf. Mereka terlupa, ajal akan menjemput bila bila masa sahaja. Sedih, bila mereka telah menganggap mereka dan parti mereka sudah suci dan perjuangan mereka sahaja yg betul. Sikap tidak matang mereka mereka ini, terus membawa pepecahan ummah, seolah olah mereka ini seperti agen agen musuh Islam terutamanya syaitan. Sebab syaitan dan musuh Islam sukakan umat manusia terus jahil dan berpecah belah. Insaflah wahai siapa yg terasa. Pintu taubat masih terbuka.

Nak Ubah Minda Melayu, Melayu Kena Rajin Membaca

Semasa Konvensyen Ke 2 Amanah  Perak, saya diminta mengulas mengenai Melayu. Melayu suatu bangsa yg hebat , yg Allah kekalkan kewujudannya sehingga hari ini. Kerajaan Melayu pernah suatu ketika dahulu menjadi kuasa besar, kuasa besar Melayu bermula dari Kepulauan  Melayu sehinggalah sampai ke Sempadan China. Filipina , Singapura, Segenting Kra, Kampuchia dan Vietnam  suatu masa dahulu dikuasai oleh Melayu dan Islam.

Bangsa Melayu hari ini adalah bangsa yg suka mendengar

Tidak membaca melahirkan masyarakat yg jahil

Tidak membaca akan  melahirkan puak yg sonsang ibadah

Bangsa berjaya ialah bangsa yg berjaya

Membaca  adalah wahyu   Allah yg pertama

Membaca arahan Allah semasa di hari akhirat esok

Tuesday, 10 October 2017

Membazir ketika Ibadah Korban

Setiap tahun umat Islam Malaysia akan menyembelih lembu, kerbau, kambing, biri biri dan unta sebagai ibadah korban.

Malangnya kita dapat lihat kulit dan perut ditanam begitu sahaja. Saya melihat ini sebagai satu pembaziran yg amat besar. Nilai mungkin mencecah ratusan ribu ringgit. 61 tahun telah merdeka, tapi pembaziran ini tidak pernah dijadikan isu oleh umat Islam.

Adakah kita mahu bala Allah ditimpakan ke atas kita, barulah mahu manfaatkan organ organ yg besar ini. Kulit dan perut adalah antara organ lembu yg besar. Bukan susah mahu memproses usus, perut dan kulit lembu. Saya perhatikan pihak penganjur gagal merancang untuk untuk memproses organ organ ini dengan baik.  Sudah melaksanakan program korban dan aqiqah selama berpuluh tahun, tapi masih gagal menyelesaikan pembaziran ini.

Saya percaya isu sebenarnya ialah ilmu. Umat Islam Malaysia tidak punya ilmu memproses kulit.  Ilmu mengawet kulit binatang  tidak pernah digalakkan untuk dikuasai dengan baik. Di saat ini non muslim seluruh dunia telah berjaya menghasilkan jenama jenama fesyen dari kulit. Ramai juga muslim yg menjadi peminat produk mereka. Sy dapati semua jenama dihasilkan oleh negara dari benua Eropah , negara Jepun, Amerika Syarikat dan China.

Kualiti produk  yg  dihasilkan amat bermutu tinggi. Saya ingin bertanya kepada sahabat semua, bagaimana Nabi mengajar menguruskan kulit haiwan sembelihan. Adakah di zaman Baginda, kulit kulit ternakan disia siakan begitu sahaja? Saya pasti ianya sudah maju di zaman itu. Saya juga percaya ada di antara mereka mempunyai kemahiran yg tinggi dan mampu menjual perkakasan kulit dengan mutu yg amat tinggi. Saya yakin waktu itu, kulit kambing dan ternakan lain digunakan untuk membawa air dari sumber air ke rumah masing masing.
Saya juga yakin, mereka yg terlibat dengan industri bekalan air ketika itu menggunakan kulit kulot haiwan yg banyak sebagai bekas untuk membawa air.

Monday, 2 October 2017

Membazir Ketika Berwuduk

Wuduk yg sempurna adalah penting untuk solat yg sempurna. Tapi, ramai yg membazir ketika berwuduk. Wajarkah kita melakukan perbuatan syaitan hanya semata mata untuk menunaikan solat. Adakah dalam Islam, matlamat akan menghalalkan cara?

Ada parti yg mendakwa hanya mereka memperjuangkan Islam. Parti ini mahu semua umat Islam mengikut mereka , bagaimana kita mahu mengikut mereka sebab selama lebih 60 tahun kewujudan mereka di muka bumi ini hal berkaitan dengan mengambil wuduk yg sempurna masih gagal.

Malah guru guru mereka inilah yg memperlihatkan kaedah berwuduk yg terlalu banyak membazir. Mereka juga gagal menegur dan mengajar penuntut penuntut mereka yg membazir ketika berwuduk.

Tidak hairanlah nasib umat Islam dihina ketika ini, sebab perkara asas sebelum menegakkan tiang iman kita, kita sudah gagal.

Rupanya wuduk yg sempurna bukan sahaja meratakan  dengan sempurna semua angota dengan air, tetapi falsafahnya jauh dari itu. Wuduk yg sempurna adalah wuduk yg tidak membazir dan meratakan dengan sempurna semua angota wuduk.

Kenapa saya yg jahil ini terpaksa menulis artikel ini?

Sebab saya mahu semua orang faham bahawa wuduk juga ibadah. Membazir itu perbuatan syaitan, tapi kita lakukannya di rumah Allah, kita lakukannya di rumah malah kita mendidik anak anak kita membazir ketika  berwuduk. 

Saya dapati anak anak kita tidak diajar berjimat ketika berwuduk. Tadika dan pusat asuhan anak anak kita tak pernah beri perhatian perkara ini. Surau dan masjid juga gagal mengajar kaedah berjimat ketika berwuduk dengan baik. Malah surau dan masjid terus menerus mengekalkan budaya membazir ketika berwuduk. Sampai bila mahu membazir ketika berwuduk?

Generasi apa yg kita nak lahirkan?

Adakah kita nak terus lahirkan generasi yg membazir ketika berwuduk? Generasi yg tak bijak lansung menghargai nikmat Allah yg amat berharga ini.  Tujuan saya menukis artikel ini sebab saya mahu pembaziran ini dihentikan terus mulai sekarang.

Saya mulakan dengan diri saya, tuan tuan dan puan puan mulakan dgn diri tuan puan sendiri juga. Kita bentuk generasi baru kita, generasi yg tidak membazir ketika wuduk.

Kenapa saya kecoh sgt pasal wuduk ini?

Saya kecoh sebab di sinilah perkara asas jika kita mahu umat Islam kembali menguasai ekonomi dan politik dunia, sebab asas yg sama dibentuk oleh Nabi ketika bersama sahabat sahabat baginda.

Saya pernah saksikan air kolah di surau kami yg penuh menjadi kosong dan bil air ketika itu meningkat sedikit semasa menyambut kehadiran seorang penceramah terkenal tiga tahun yg lalu.

Kita juga dapati bil bil air masjid  dan surau agak tinggi. Membazir ketika berwuduk adalah puncanya.

Bayangkan jika pembaziran ini boleh dihentikan terus, saya percaya bil bil air akan boleh dikurangkan sehingga 70%. Ini satu langkah ekonomi yg bijak dan mesti diamalkan.

Jangan lah membazir ketika berwuduk walaupun berwuduk di air yg mengalir, lebih kurang begitulah teguran Nabi kepada sahabatnya. Hari ini kita tidak ramai yg berwuduk di sungai, tapi jangan lupa, air paip juga air yg mengalir. Ramai yg  membazir ketika berwuduk  menggunakan air paip. Sedar ke?

Malangnya ramai penceramah lebih sibuk memburuk burukkan mereka yg tidak sefahaman dgn mereka. Kuliah kuliah dijadikan medan menghina dan mencerca ulamak dan tokoh tokoh yg tidak setuju dengan  mereka. Sedangkan ahli jemaah mereka terus membazir ketika berwuduk dan mereka mereka ini lansung tidak menegur perbuatan yg membazir ini.

Bagaimana Tidak Membazir Ketika Berwuduk Menggunakan Paip ?

1) Buka air dan tadah dengan gayung. Satu gayung cukup untuk wuduk yg sempurna. Malah masih banyak bakinya jika kita pandai menguruskannya. Pengurusan air adalah penting untuk wuduk yg sempurna, bukannya banyaknya jumlah air yg digunak untuk berwuduk. Konsep ini juga tepat  dgn konsep pengurusn kewangan iaitu bukan banyak mana wang yg diperolehi, tapi bagaimana wang tersebut diurus dgn baik. Kewangan yg diurus dgn baik  akan  mempunyai lebihan walaupun jumlahnya tidak banyak.

2) Perlahankan air ,tadah air dengan tangan kanan, tutup air ketika menyapu muka. Tadah air dengan tangan kanan dan tutup air  dengan tangan kiri sebelum meratakan air di tangan kanan. Tadah dengan tangan kiri dan  tutup air dengan tangan kanan sebelum meratakan air di tangan kiri. Tadah air dengan tangan kanan dan tutup air sebelum meratalan air di kepala. Tadah air2 dengan kedua dua tangan dan cepat ratakan air di telinga, pastikan aliran air terlalu perlahan ketika ini ( menitik nitik pun sudah cukup). Tadah air dengan tangan kanan dan ratakan di bahagian atas kaki kanan. Tadah air dengan tangan kanan atau kira dan ratakanlah bahagian kaki kiri pula. Pastikan air ditutup sebelum meratakan air di kedua dua bahagian kaki tersebut.

3) Alirkan air wuduk yg telah kita jimat   ke kawasan yg ada tanaman seperti pokok pandan, senohom dan selum.

Bagaimana Tidak Membazir Air Ketika Berwuduk Di Sungai , Laut dan Perigi?

1) Cebok air dengan bekas yg sesuai dan lakukan seperti kaedah berwuduk menggunakan  air paip di atas.

Senangkan? Inilah rahsia Nabi membangunkan ekonomi di Madinah ketika mula mula membuka Kota Madinah  1400 tahun dahulu. Jika kaedah ini diamalkan saya percaya masjid dan surau akan punya lebihan wang yg banyak. Lebihan ini boleh la disalurkan untuk membantu ahli kariah yg memerlukn bantuan kewangan.

Lebihan ini nanti boleh digunakan untuk membuat pelbagai program untuk mengimarahkan masjid, kita jadikan suasana solat subuh seperti solat jumaat.

Kita bencikan pemerintah kita yg membazir, tapi kita tidak sedar, kita juga membazir hari hari hatta ketika hendak solat pun kita terus terusn membazir. Jom jatuhkan kerajaan yg membazir, kerajaan yg membazir akan kecundang di tangan rakyat yg sentiasa berjimat cermat. Membazir amalam syaitan, jgn kita berterusan melakukannya.

Selamatkan poket kita, selamatkan negara.

Sunday, 1 October 2017

RUU 164 , Baru Ku Sedar Adanya Kaum Minority Ini

RUU164 dah membuka minda saya, baru saya sedar di Malaysia ini ada satu kaum minoriti yg tak dapat hak yg sewajarnya sebagai rakyat. Mereka adalah Saudara Baru atau Muallaf.

Selama ini kehidupan mereka tak terbela sebab berlaku pertindihan kuasa mahkamah. Muallaf ini dinafikan hak mereka untuk bercerai, menjaga anak, agihan harta sepencarian, hak anak mereka untuk memeluk Islam, nafkah anak, dan tuntutan harta pusaka.

Akta ini juga membela isteri isteri yg memeluk Islam, mereka sudah boleh bercerai dan tidak lagi digantung tidak bertali oleh suami mereka yg masih belum Islam. Sebelum ini mereka tak boleh bercerai, hidup mereka terkongkong dengan sekatan sekatan yg ada dalam RUu tersebut,  sekarang  mereka boleh bebas dan menentukan hidup mereka sendiri.

Akta ini juga memberi hak kepada anak anak pasangan ini untuk memilih Islam sebagai agama mereka bila umur mereka cukupm18 tahun (kiraan tahun masihi). Hak ini sebenarnya boleh menghalang usaha usaha untuk memurtadkan mereka. Mereka juga boleh membesar dengan baik sebab mahkamah akan memerintahkan bapa mereka ( yg non muslim) memberi nafkah kepada mereka.

Untuk mereka yg melulu memfitnah ahli parlimen muslim yg menyokong RUU 164 ini, bertaubatlah. Kamu begitu ghairah menjauhkan Islam dari non muslim, kamu tak berusaha untuk mengIslamkan mereka dan sekarang kamu juga ingin menghancurkan nikmat nikmat yg mereka juangkan selama ini.

Tahniah pada pihak kerajaan , ahli parlimen yg berbahas dan ahli parlimen yg menyokong. Akhirnya nasib golongan minoriti ini mempunyai ruang dan peruntukan undang undang untuk mereka berjuang meneruskan kehidupan mereka sebagai hamba Allah yg bertaqwa. Tahniah, tahniah.

Pandangan peribadi saya, semoga Allah akan maafkan kekhilafan saya.

Mehzalan Saran,
Ketua Komunikasi Amanah Bukit Gantang.

Misteri Kapal Nabi Noh

Kenapa Barat mahu sembunyikan rahsia kewujudan Bahtera Nabi Noh (A.S)? Kawasan kapal itu (Bukit Judi @ Banjaran Ararat) adalah kawasan yg terlalu sensitif, lebih sensitif dari Palestine dan Kyber Pass.

Kawasan tersebut adalah kawasan yg menyimpan rahsia tamadun manusia yg berusia lebih tua dari Palestine. Kapal Noh tersebut adalah antara objek terawal yg Allah perintahkan kepada manusia untuk dibina dan Allah selamatkan sehingga hari ini.

Ianya mengambarkan betapa dasyatnya peristiwa itu sehingga menyebabkan bumi Mekah juga tenggelam dan menjadi lembah yang tandus dan tiada berpenghuni selama beribu ribu tahun. Kaabah dibina semula oleh Nabi Ismai(A.S)l dan Nabi Ibrahim(A.S) setelah beribu ribu tahun kapal tersebut mendarat di Bukit Judi (Chudi).

Masjid Al Aqsa di Kota Baitulmuqadis pula dibina beribu ribu tahun setelah Kaabah bina. Ianya di bina oleh Nabi Sulaiman (A.S).

Misteri kapal ini dan kawasannya terlalu sensitif dan menjadi rahsia besar kuasa kuasa besar dunia.  Antara alasan yg diberikan ialah, kawasan tersebut dikuasai oleh puak Kurdish. Puak Kudish ini menjadi kambing hitam atau alasan oleh Barat dan sekutunya untuk menyimpan rahsia ini ketat ketat. Kenapa kita semua dihalang dari mengetahui hasil kajian mereka?

Tempat Khas Untuk Semua  Haiwan Menafikan Secara Total  Teori Evolusi Darwin

Kapl Nabi Noh mempunyai ruang ruang khas untuk semua jenis haiwan. Mamalia, serangga, amfibia, reptilia dan unggas . Saya yakin ianya bukannya kerja yg senang dan memerlukan kesungguhan untuk mengumpul semua spesies haiwan haiwan ini.

Nak tahu jumlah luas  kompartment tersebut?

Lihatla banyak mana haiwan di seluruh dunia ini, semua haiwan tersebut dikumpulkan mengikut species dan sistem katalog yg kemas dan jitu. Beruang sahaja ada berapa species? Contohnya beruang, beruang ada 8 species utama . Sub species untuk beruang hitam sahaja ada 90. Belum lagi sub species 7 species beruang yg lain. Semuanya dikumpul dan didokumenkan dengan lengkap.

Semua sub species ini masih mengekalkan profil dna yg sama sejak ribuan tahun dahulu. Sifat dan bentuk rangka mereka juga kekal sehingga kini. Jadi, kapal ini membuktikan semua species , sub species dan sub sub species haiwan dicipta satu persatu oleh Allah, dan bukannya berevolusi mengikut cuaca, persekitaran dan lain lain faktor.

Yang lebih menarik,  ialah bagaimana sample sample haiwan itu dikumpul? Menarik juga  bagaimana haiwan haiwan tersebut di tempatkan secara khusus selepas peristiwa banjir besar tesebut. Beruang Panda hanya ada di lokasi khas di China dan beruang kutub di tempatkan semula di Kutub Utara. Haiwan haiwan marsupil seperti beruang koala pula di tempatkan di Australia. Bermakna pelayaran tersebut adalah pelayaran megelilingi dunia. Seluruh pelusuk alam telah diterokai oleh baginda.

Dari mana haiwan itu diambil sudah pasti akan dikembalikan ke tempat asalnya. Ianya bukannya evolusi haiwan mengikut tempat dan persekitarannya. Semua haiwan tersebut dicipta oleh Pencipta yg Maha Hebat. Oleh itu  secara lansung  kewujudan kapal ini menafikan Teori Evolusi Darwin.  Setiap species dan sub dan juga sub sub species haiwan dicipta oleh Allah.

Sistem dokumentasi yg amat hebat.

Bayangkan semua haiwan dalam dunia ini dikumpulkan dalam sebuah kapal. Sudah pastilah semua kehadiran haiwan tersebut didokumentasikan dengan teratur dan lengkap.   Dokumen itu mestilah mempunyai sistem katalog yg tersendiri.  Setiap haiwan mestilah mempunyai sistem kelas dan sub kelas seperti dokumentasi species haiwan hari ini. Lokasi setiap haiwan itu juga didokumenkan dengan tepat. Bukan senang mahu membuat dokumen yg lengkap. Hal ini menyebabkan saya tertanya tanya, adakah kaedah pengkelasan haiwan haiwan hari ini mengambil kaedah yg telah diilhamkan kepada Nabi Noh? Dan, adakah penemuan species species baru haiwan di seluruh dunia berpandukan lokasi yg telah dicatat oleh Nabi Noh? Wow....adakah mereka telah mendapat hard

Oleh itu kerja yg dilakukan sebelum peristiwa banjir tersebut bukanlah perkara yg dibuat secara cincai oleh Nabi Noh (A.S) dan juga pengikut pengikut baginda (R.A)

Sistem Inventori dan Pengurusan Stok Makanan  Yg Efision

Untuk sebuah pelayaran yg tidak diketahui destinasi dan jaraknya, untuk sebuah pelayaran yg tidak diketahui jangka masanya dan untuk keperluan sebuah kapal yg terlalu besar, bekalan makanan yg cukup juga perlu diselesaikan oleh baginda.

Bayangkan  semua jenis makanan untuk setiap haiwan juga perlu disediakan sebelum pelayaran tersebut.  Oleh itu sistem penyimpanan dan pengeluaran yg terbaik ada dlm pelayaran tersebut.

Lagi sekali pelayaran ini bukanlah dilakukan dgn cincai. Ianya dilakukan dengan teliti dan dilakukan dengan penuh Amanah.
Bagaimana Saintis Mengetahui Di Situlah Lokasinya Kapal Nabi Noh Berlabuh?

Adakah suhu ketika itu panas atau dingin dari cuaca hari ini?

PERSOALANNYA KENAPA IANYA TERLALU DIRAHSIAKAN OLEH BARAT ? Siapa ada info, boleh share di sini. Terima kasih.

Hentikan Membazir Makanan

Di saat ini ramai orang Melayu dan orang Islam terlalu jijik dengan babi. Kita juga maklum bahawa industri babi ini adalah industri ternakan yg maju. Babi adalah makhluk Allah yg makan apa sahaja makanan yg ada dimuka bumi ini.

Sisa makanan dari asrama penuh adalah penyumbang utama sumber makanan yg paling murah untuk industri ini. Sisa sisa makanan anak umat Islam ini rupernya yg menjadi rahsia industri ternakan babi ini boleh terus berdaya saing dan terus boleh hidup untuk masa hadapan.

Sisa sisa makanan dari hotel hotel semasa bulan Ramadan juga menyumbang kepada industri ini berkembang dengan jayanya.

Soalan saya, adakah Nabi kita ajar membazir ketika makan? Sampai bila asrama penuh , MRSM, Maahad Tahfiz, sekolah menengah agama dan hotel ini hendak menyumbang memajukan industri ini?

Sampai bila pembaziran ini mahu diteruskan? Saya menyeru AJK dan  ahli Amanah Bukit Gantang,AJK dan  ahli Amanah seluruh negara, Presiden dan AJK Amanah Pusat dan penyokong kami supaya hentikan pembaziran ini. Kita ajar diri kita dan kaum keluarga kita hentikan perbuatan terkutuk ini. Saya juga menyeru anak anak yg duduk di asrama penuh di seluruh negara hentikan pembaziran ini.

Kita makan ikut cara nabi makan, habiskan semua makanan kita, jilat sisa sisa makanan di jari dan bersihkan kuah kuah di pinggan dgn jari jari kita. Mohon juga yg alim tentang hadis dan sunnah menerangkan kaedah makan cara Rasul yg sebenarnya.

Bagaimana  mahu mengelakkan pembaziran?

1) Makan bila kita lapar dan budget la makanan supaya ianya habis seblum kita kenyang.

2) Rancang dan berbincang apa nak masak dan apa bahan yg perlu kita beli. Jadi baham mentah tidak terbuang, makanan kita sedap dan habis dimakan.

3) Gunakan bahan yg berkualiti supaya masakan kita boleh diterima oleh pelanggan

4) Berdoalah supaya kita tidak membazir makanan yg bakal dimasak

5) Sedekahkan dahulu ( reserve dahulu) makanan yg hendak disedekah, bukannya sedekahkan makanan yg kita tak laku jual walaupun ada yg sudi menerimanya.

Bagaimana jika masih punya lebihan makanan? Apa yg patut dilakukan?

1) Sisa makanan dan sisa bahan mentah masakan boleh ditukar menjadi baja kompos . Sekolah dan tuan kantin boleh lakukannya di suatunsudut khas di kawasan sekolah.

2) Bela haiwan ternakan seperti ayam dan itek .

3)Untuk penduduk rumah flat dan rumah teres ygbtidak punya kawasan untuk melupuskan sisa makanan, bentuklah kerjasama sesama jiran untuk mencari kawasan yg sesuai supaya sisa makanan ini boleh dilupuskan sebagai baja.

4) Pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan tong khas untuk sisa makanan . Sisa tersebut akan dikutip dan dijadikan baja kompos oleh operator yg dilantik melupuskan sisa makanan ini.

Kita bencikan pemimpin yg membazir, tapi kita tidak sedar kita juga selalu membazir.  Pemerintah yg membazir adalah cermin kepada rakyat yg kuat membazir. Jika kita mahu hentikan kerajaan yg membazir , kita mesti berhenti membazir makanan mulai sekarang.

Kita jijik dengan babi, tapi kita tidak memandang jijik mereka yg menyumbang makanan pada babi. Sama sama kita berubah dan berfikir.

Mehzalan Saran
Ketua Komunikasi
Amanah Bukit Gantang