Tuesday, 10 October 2017

Membazir ketika Ibadah Korban

Setiap tahun umat Islam Malaysia akan menyembelih lembu, kerbau, kambing, biri biri dan unta sebagai ibadah korban.

Malangnya kita dapat lihat kulit dan perut ditanam begitu sahaja. Saya melihat ini sebagai satu pembaziran yg amat besar. Nilai mungkin mencecah ratusan ribu ringgit. 61 tahun telah merdeka, tapi pembaziran ini tidak pernah dijadikan isu oleh umat Islam.

Adakah kita mahu bala Allah ditimpakan ke atas kita, barulah mahu manfaatkan organ organ yg besar ini. Kulit dan perut adalah antara organ lembu yg besar. Bukan susah mahu memproses usus, perut dan kulit lembu. Saya perhatikan pihak penganjur gagal merancang untuk untuk memproses organ organ ini dengan baik.  Sudah melaksanakan program korban dan aqiqah selama berpuluh tahun, tapi masih gagal menyelesaikan pembaziran ini.

Saya percaya isu sebenarnya ialah ilmu. Umat Islam Malaysia tidak punya ilmu memproses kulit.  Ilmu mengawet kulit binatang  tidak pernah digalakkan untuk dikuasai dengan baik. Di saat ini non muslim seluruh dunia telah berjaya menghasilkan jenama jenama fesyen dari kulit. Ramai juga muslim yg menjadi peminat produk mereka. Sy dapati semua jenama dihasilkan oleh negara dari benua Eropah , negara Jepun, Amerika Syarikat dan China.

Kualiti produk  yg  dihasilkan amat bermutu tinggi. Saya ingin bertanya kepada sahabat semua, bagaimana Nabi mengajar menguruskan kulit haiwan sembelihan. Adakah di zaman Baginda, kulit kulit ternakan disia siakan begitu sahaja? Saya pasti ianya sudah maju di zaman itu. Saya juga percaya ada di antara mereka mempunyai kemahiran yg tinggi dan mampu menjual perkakasan kulit dengan mutu yg amat tinggi. Saya yakin waktu itu, kulit kambing dan ternakan lain digunakan untuk membawa air dari sumber air ke rumah masing masing.
Saya juga yakin, mereka yg terlibat dengan industri bekalan air ketika itu menggunakan kulit kulot haiwan yg banyak sebagai bekas untuk membawa air.

No comments:

Post a Comment