Sudah 2 tahun usia Parti Amanah Negara. Parti yg dipimpin oleh Abg Mat dan Abg Din berjaya menempatkan diri di persada politik negara. Usia muda , jiwanya besar itulah yg mahu dizahirkan oleh parti yg berteraskan Islam Rahmatan Lil Alamin. Islam itu Rahmat Untuk Seluruh Alam. Jika ini matlamat penubuhannya, sudah pastilah Al Quran , Hadis dan Sunnah dijadikan panduan. Amanah percaya Islam itu agama yg lengkap. Semuanya telah dilengkapkan oleh Rasullullah sebelum Baginda wafat.
Perkebun dan penoreh getah kecil adalah kelompok rakyat Malaysia yg kurang bernasib baik. Kebun mereka kecil , kebanyakannya bersaiz sekitar 2 ekar ke 3 ekar sahaja. Harga getah ketika ini murah. Bila hujan takmboleh menoreh, sewaktu pokok melawas juga tak boleh menoreh. Purata, penoreh hanya mampu menoreh sekitar 5 bulan dalan setahun. Hujung tahun antara waktu yg amat kritikal buat mereka. Waktu ini mereka memerlukan banyak wang untuk anak anak meneruskan persekolahan . Yuran , duit buku dan pakaian sekolah bukannya kecil jumlah wang yg perlu disediakan. Tapi waktu inilah musim hujan dan banjir. Waktu tiada pengeluaran tapi belanja yg diperlukan amat besar.
Kita dapati waktu ini banyak NGO , pertubuhan dan individu mengambil inisiatif menghulurkan bantuan makanan, memberi bantuan pakaian dan keperluan sekolah . Mereka ini juga membantu meringankan beban ketika bulan Ramadan. Modus operandi mereka mudah, kutip derma , beli barang keperluan dan edarkan kepada yg memerlukan. Usaha ini sangat murni dan mesti dihargai. Beruntunglah mereka yg mendapat bantuan. Beruntung juga mereka yg menyumbang. Hanya Allah yg mampu membalas jasa baik mereka ini. Kita doakan semoga rezeki mereka terus barakah dan mewah.
Amanah Perlu Beri Joran dan Ajar Cara Memancing
Jom kita kaitkan dengan Parti Amanah Negara. Bagaimana parti Islam ini menyelesaikan masalah penoreh dan perkebun kecil getah di seluruh negara? Adakah Amanah juga mahu melihat penoreh getah dan perkebun kecil ini terus terusan begini? Adakah modus operandi Amanah sama dengan NGO dan badan badan kebajikan yg lain? Jika begitu, baik sahaja Amanah menjadi NGO . Sebagai sebuah parti politik, Amanah kena bertindak melebihi tindakan NGO. Jika NGO memberi ikan, Amanah perlu memberi kail. Amanah perlu bimbing mereka keluar dari kemelut kemiskinan ini.
Adakah Amanah mahu menjadi seperti parti Islam yg satu lagi itu? Sudah berusia lebih 60 tahun, tapi masih juga belum matang matang. Mereka lansung tiada agenda untuk mengeluarkan penoreh dan perkebun kecil ini dari kemiskinan. Lebih sedih, mereka yg sudah sedia miskin ini diminta berkorban dangan alasan infaq untuk akhirat. Ramai juga calun calun yg telah menang dengan bantuan infaq infaq daripada si miskin, tapi bila sudah menang si miskin ini terus diminta mengeluarkan infaq, sedangkan mereka yg dahulunya tidak punya sebarang harta sibuk menyalurkan pendapatan dan elaun yg diperolehi untuk membeli kereta baru kononnya untuk memudahkan perjuangan, sedangkan dahulu semasa tiada kereta baru sudah boleh berjuang. Itu adalah alasan untuk menghalalkan mereka menggunakan elaun yg diperolehi untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Mereka juga sibuk menggunakan elaun elaun yg diperolehi untuk membuat istana istana kecil demi kepentingan mereka sendiri. Sebelum bergelar YB boleh duduk rumah yg kecil , bila sufah bergelar YB, belum pun sepenggal sudah mampu membina istana hasil undi yg diperolehi daripada semua kaum, termasuklah yg mereka musuhi hari ini. Adakah bakal YB dari Amanah juga akan bersikap demikian? Jika beginilah sikap yg akan berlaku, malulah pada Ahli Parlimen Sungai Siput.
Nasib penoreh yg miskin terus dilupakan, orang miskin nak jumpa sahabat lama yg dah jadi YB pun susah sebab YB YB yg mereka telah infaqkan duit tempoh hari lebih berminat melayan tauke tauke balak dan lombong. YB yg menerima infaq orang miskin dahulu, tanpa merasa malu terus meminta infaq dari si miskin, sedangkan mereka bersenang lenang melawat ke luar negara bersama sama dengan kenalan baru atas alasan kerja.
Nasib penoreh terus terpinggir, 60 tahun berjuang mengharapkan kemenangan untuk mengharapkan perubahan akansesekali datang berkunjung kononnya untuk menghulurkan bantuan dan untuk terus mendapat sokongan. Yg lebih jelik, mereka ini hanya sekadar jadi tukang bawa dan bagi, barangan dan cenderahati yg mereka hulur itu bukannya dari duit elaun yg mereka dapat tapi duit dari sumbangan orang lain. Jika sudah membuat loan rumah bangalow dan loan kereta mewah, jgn harapla mereka ini akan guna duit darimelaun mereka untuk rakyat yg mengundi mereka.
Alasan kita belum memerintah, adalah alasan parti yg tidak matang matang . Jika pemimpin Amanah juga berfikir seperti parti yg tak matang matang itu, jangan duduk dalam barisan pimpinan Amanah, baik anda isi borang dan duduk sahaja dalam parti anda yg lama itu.
Dahulu 30 tahun dahulu pendapatan RM 300 sebulan mampu la juga bernafas sebab kos sara hidup ketika itu masih rendah dan tenaga mereka masih muda. Tapi hari ini, boleh buat apa dengan jumlah pendapatan sebesar itu. Hari ini mereka semua sudah tua, anak muda terpaksa memilih untuk meninggalkan pekerjaan menoreh sebab memburu perkerjaan lain yg menjanjikan pendapatan tetap dan lumayan. Yg bernasib baik dapatlah bantuan daripada anak anak , yg lain terus mengharapkan bantuan orang dan jabatan tertentu.
Amanan perlu punya agenda khas untuk membantu mereka. Mereka ini ramai, kita kena bantu dengan penuh iklas. Jangan fikir sangat mereka akan undi kita atau tidak. Kita kena fikir, mereka ini pelanggan utama kita. Bila mereka mampu berdikari, mereka punya masa untuk berfikir. Sebab itulah penduduk di kawasan felda, felcra, perkebun RISDA susah untuk mengubah undi mereka, mereka tahu, siapa yg bantu mereka semasa mereka susah. Walau apa pun penyelewengan yg didakwa terhadap pihak pengurusan agensi tersebut, mereka masih boleh bertolak ansur.
Mereka juga faham harga barang keperluan naik, tapi mereka juga tahu hidup mereka masih senang berbanding suatu ketika dahulu. Nasib peneroka dan nasib perkebun kecil tak sama. Jadi lebih mudah kita membantu perkebun kecil. Kita fikir dan usahakan sesuatu yg boleh menaikkan pendapatan mereka. Kita berfikirlah sejenak, dengan izin tuhan, rezeki mereka akan bertambah. Kuasa beli mereka akan meningkat, negara kita akan bertambah makmur.
Kita kena faham, golongan ini ramai. Mereka punya suara yg amat berharga. Jika mereka berjaya melepasi tahap kemiskinan, kebergantungan mereka terhadap agensi agensi kerajaan akan renggang, mereka akan berani membuat perubahan bersama mereka yg berusaha mengubah nasib mereka.
No comments:
Post a Comment