Saturday, 14 October 2017

Jangan Jadikan Majlis Ilmu Sebagai Tempat Menipu Dan Menjahilkan Umat Islam

Sejak sekelian lama majlis ilmu telah dijadikan pusat untuk menanam doktrin kepartian terhadap umat  Islam di negara ini.Suasana ini makin kronik menjelang pilihanraya  umum ataupun pilihanraya kecil. Lebih kronik, tazkirah ramadan dijadikan medan untuk menghina tokoh tokoh tertentu tanpa mengira audien audian yg hadir. Bukan semua audien mahu dengar ceramah politik atau doktrin mereka , tapi jawatan kuasa surau tidak peka dengan kehadiran jemaah. Bagi orang orang tertentu dalam jawatan kuasa surau, semua orang seperti mereka.  Bagi mereka inilah masa yg terbaik untuk  doktrin doktrin parti mereka  ditanam di dalam minda ahli jemaah yg hadir.

Majlis ilmu dijadikan medan untuk mencerca mufti mufti dan ustaz ustaz yg tidak sefahaman atau tidak setuju dengan pendapat mereka .Kata kata nista seperti mufti banggang, ustaz itu sesat, ustaz itu  wahabi / syiah dan lain label dikeluarkan oleh si penceramah yg dijemput membeli tazkirah ataupun menyampaikan majlis ilmu. Tingkah laku dan hujah hujah mereka menunjukkan mereka tidak pernah matang. Mereka lupa perbuatan dan kata kata keji mereka ada kanak kanak yg mendengar. Ada orang tua yg mendengar. Ada orang orang mufti atau kawan ustaz yg mendengar. Ada hati hati yg telah terguris.

Dalam surau inilah mereka melebal lebal mereka yg tidak bersetuju dengan mereka. Surau dan masjid dijadikan wadah untuk  mengeluarkan hukum dan fatwa. Macam budak masih berhingus, siapa sahaja yg tak bersetuju dengan mereka, parti mereka dan fahaman mereka akan difatwakan mengikut sedap mulut mereka waktu itu. Fatwa seperti sesat, munafik dan halal darah boleh difatwakan oleh siapa sahaja. Tak perlu merujuk majlis fatwa kebangsaan.

Masjid juga dijadikan tempat berbohong dan menipu. Seolah olah menipu dan berbohong itu suatu kemestian demi meyakinkan audien yg hadir. Penipuan fakta umpama nasi tambah dan lauk pauk yg menyedapkan hidangan. Jemaah pula hanya dengar dan terangguk angguk walaupun telah ditipu hidup hidup. Saya kasihan melihat audien yg rata ratanya berusia emas ditipu . Sedihnya mereka ini saya tak pasti, adakah tak memahami keadaan atau memang sedia untuk didoktrin untukmbersetuju sahaja dengan apa yg disampaikan. Mereka tak berani menegur penipuan  tersebut, mungkin takut akan dituduh mengganggu majlis ilmu. Maka bermaharajalelalah penipuan di situ.

Tokoh tokoh yg mereka tidak berkenan akan difitnah. Tokoh tokoh tersebut dilabel sebagai liberal, menyokong lgbt, menyokong gerakan murtad, sekular, wahabi , taat pada pemimpin kafir dan lain lain fitnah. Ada ustaz pernah kononnya membuka rahsia besar gerakan kristian yg disokong oleh kumpulan kumpulan umat Islam tertentu. Ada juga menyatakan tokoh tokoh tertentu mendapat tajaan berbillion ringgit dari regim Zionis. Tapi bila dicabar untuk membuat lapuran polis, ustaz tersebut terhu hak hu hak untuk menjawab. Setakat hari ini tiada lapuran polis yg dibuat oleh ustaz tersebut. Fitnah mereka bukan sekadar terhadap tokoh tokoh tertentu sahaja, hatta sahabat Nabi juga pernah difitnah sebagai munafik. Malah ada yg memfitnah di Pulau Pinang azan sudah tidak dibenarkan. Fitnah dan pembohongan ini seolah olah tidak pernah akan berhenti.

Majlis ilmu juga dijadikan tempat untuk umat Islam berpecah pecah. Tragedi dua imam sebab berlainan fahaman politik sebagai contoh. Majlis ilmu juga digunakan untuk memecah belahkan hubungan suami isteri yg berlainan fahaman politik. Mereka yg tidak bertanggungjawab ini menyindir yindir dan mencabar status suami yg gagal tarbiyah isteri atau suami mereka mengikut fshaman mereka. Sedih juga , majlis ilmu juga digunakan untuk memisah misahkan kuburan mereka yg menyokong atau tidak menyokong fahaman dan perjuangan mereka  sehingga ada yg memfatwakan kalau tak sokong usaha mereka, mati mereka akan tanam di jirat. Kesannya masyarakat akan berpecah dan berpuak puak disebabkan hujah hujah seperti itu.

Sepatutnya majlis ilmu digunakan untuk meransang menambah kehadiran jemaah bukannya mengurangkan jemaah. Majlis ilmu digunakan untuk meransang ekonomi ummah, ianya juga mesti dijadikan wadah untuk menyatu padukan semua umat Islam. Malangnya, puak puak yg perasan mereka sahaja yg betul tak mahu insaf insaf. Mereka terlupa, ajal akan menjemput bila bila masa sahaja. Sedih, bila mereka telah menganggap mereka dan parti mereka sudah suci dan perjuangan mereka sahaja yg betul. Sikap tidak matang mereka mereka ini, terus membawa pepecahan ummah, seolah olah mereka ini seperti agen agen musuh Islam terutamanya syaitan. Sebab syaitan dan musuh Islam sukakan umat manusia terus jahil dan berpecah belah. Insaflah wahai siapa yg terasa. Pintu taubat masih terbuka.

No comments:

Post a Comment