Di saat ini ramai orang Melayu dan orang Islam terlalu jijik dengan babi. Kita juga maklum bahawa industri babi ini adalah industri ternakan yg maju. Babi adalah makhluk Allah yg makan apa sahaja makanan yg ada dimuka bumi ini.
Sisa makanan dari asrama penuh adalah penyumbang utama sumber makanan yg paling murah untuk industri ini. Sisa sisa makanan anak umat Islam ini rupernya yg menjadi rahsia industri ternakan babi ini boleh terus berdaya saing dan terus boleh hidup untuk masa hadapan.
Sisa sisa makanan dari hotel hotel semasa bulan Ramadan juga menyumbang kepada industri ini berkembang dengan jayanya.
Soalan saya, adakah Nabi kita ajar membazir ketika makan? Sampai bila asrama penuh , MRSM, Maahad Tahfiz, sekolah menengah agama dan hotel ini hendak menyumbang memajukan industri ini?
Sampai bila pembaziran ini mahu diteruskan? Saya menyeru AJK dan ahli Amanah Bukit Gantang,AJK dan ahli Amanah seluruh negara, Presiden dan AJK Amanah Pusat dan penyokong kami supaya hentikan pembaziran ini. Kita ajar diri kita dan kaum keluarga kita hentikan perbuatan terkutuk ini. Saya juga menyeru anak anak yg duduk di asrama penuh di seluruh negara hentikan pembaziran ini.
Kita makan ikut cara nabi makan, habiskan semua makanan kita, jilat sisa sisa makanan di jari dan bersihkan kuah kuah di pinggan dgn jari jari kita. Mohon juga yg alim tentang hadis dan sunnah menerangkan kaedah makan cara Rasul yg sebenarnya.
Bagaimana mahu mengelakkan pembaziran?
1) Makan bila kita lapar dan budget la makanan supaya ianya habis seblum kita kenyang.
2) Rancang dan berbincang apa nak masak dan apa bahan yg perlu kita beli. Jadi baham mentah tidak terbuang, makanan kita sedap dan habis dimakan.
3) Gunakan bahan yg berkualiti supaya masakan kita boleh diterima oleh pelanggan
4) Berdoalah supaya kita tidak membazir makanan yg bakal dimasak
5) Sedekahkan dahulu ( reserve dahulu) makanan yg hendak disedekah, bukannya sedekahkan makanan yg kita tak laku jual walaupun ada yg sudi menerimanya.
Bagaimana jika masih punya lebihan makanan? Apa yg patut dilakukan?
1) Sisa makanan dan sisa bahan mentah masakan boleh ditukar menjadi baja kompos . Sekolah dan tuan kantin boleh lakukannya di suatunsudut khas di kawasan sekolah.
2) Bela haiwan ternakan seperti ayam dan itek .
3)Untuk penduduk rumah flat dan rumah teres ygbtidak punya kawasan untuk melupuskan sisa makanan, bentuklah kerjasama sesama jiran untuk mencari kawasan yg sesuai supaya sisa makanan ini boleh dilupuskan sebagai baja.
4) Pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan tong khas untuk sisa makanan . Sisa tersebut akan dikutip dan dijadikan baja kompos oleh operator yg dilantik melupuskan sisa makanan ini.
Kita bencikan pemimpin yg membazir, tapi kita tidak sedar kita juga selalu membazir. Pemerintah yg membazir adalah cermin kepada rakyat yg kuat membazir. Jika kita mahu hentikan kerajaan yg membazir , kita mesti berhenti membazir makanan mulai sekarang.
Kita jijik dengan babi, tapi kita tidak memandang jijik mereka yg menyumbang makanan pada babi. Sama sama kita berubah dan berfikir.
Mehzalan Saran
Ketua Komunikasi
Amanah Bukit Gantang
No comments:
Post a Comment