Salam sejahtera saya ucapkan untuk sahabat sahabat yg sudi membaca ruangan saya yg cetek ilmu ini. Saya tak malu mengaku, saya cetek ilmu pengetahuan. Cetek ilmu mengenai kehidupan, cetek ilmu mengenai alam kubur, cetek ilmu mengenai akhirat dan cetek juga ilmu sains dan teknologi. Saya juga mengaku, saya juga lemah ilmu pengurusan kewangan dan perniagaan.
Saya dengan rendah diri mengaku, saya tidak hafaz 30 juzuk Al Quran dan juga tak dapat satu pun hadis Rasullullah yg sahih, tiada saya malu mengakuinya. Semoga Allah memberi keampunannya pada saya dan kita semua.
Sebagai seorang yg jahil, saya percaya manusia tiada hak menentukan syurga dan neraka untuk siapa sahaja. Saya yg fakir ilmu ini juga faham syurga dan neraka bukan milik sesuatu kaum atau pun parti politik.
Saya orang jahil, orang jahil ini tahu semua anak anak Adam berdosa dan sentiasa berdosa kecuali mereka mereka yg maksum sahaja. Yang maksum , cuma para Nabi dan Rasul sahaja. Yg lain sy tak berani nak cakap.
Saya bersyukur, saya sedar jahil dan banyak dosa. Saya cuma berharap, Allah ampunkan semua dosa dosa saya. Saya juga banyak berdosa dengan insan, semoga mereka juga ampunkan saya.
Hidup ini juga amat singkat untuk kita mengira dosa orang lain. Hidup ini amat singkat jika kita masih belum sedar kita berdosa, hidup ini terlalu kritikal untuk kita anggap kita sudah suci dari dosa, umur terlalu pendek untuk kita istihar kumpulan kita sahaja yg suci dan hidup kita akan jadi sia sia sekiranya kita anggap parti kita sudah suci , perjuangan kita jadi tak berguna jika kita menilai perjuangan kita sahaja ygAllah redha .
Percayalah kita berbohong jika kita mendakwa perjuangan kita perjuangan yg Allah redha, mana mungkin kita tahu , Allah redha atau tidak dengan perjuangan kita. Kenapa kita kata Allah redha dengan perjuangan kita? Sebab kita rasa parti kita berteraskan Al Quran dan Hadis... sebenarnya kita sedang tertipu dan menipu diri kita sendiri. Belum tentu Allah redha dengan perjuangan kita walaupun kita lakukannya mengikut Al Quran dan hadis, itu bukan jaminan Allah akan redha. Ramai yg tertipu.
Janganlah terlalu cepat yakin telah mendapat redha Allah, dan jangan terlalu cepat menyatakan perjuangan orang lain Allah tak akan redha sebab tak "sebut" perjuangan mereka berdasarkan Al Quran dan Hadis. Jangan terlau cepat menyatakan perjuangan orang lain kerja yg sia sia. Janganlah terlalu sombong.
Syurga dan neraka itu milik Allah.
Perjuang Amanah kena ingat 3 kumpulan manusia yg Allah kata telah berbohong semasa hidup di akhirat nanti. Siapa mereka ni?
Orang yg mati syahid, mereka mendakwa mereka hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam, tapi Allah laknat mereka sebab Allah tahu mereka sebenarnya menipu, mereka hanya mahu didendangkan dan dapat oleh orang yg hidup sebagai syuhada.
Orang yg rajin bersedekah , mereka ini juga tertipu dengan sedekah mereka dan Allah melaknat mereka.
Orang ygalim dan rajin menyampaikan ilmu agama, mereka juga tertipu dan menipu dengan amalan mereka. Mereka ini juga Allah laknat.
"Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.”
Bukan menjadi satu kepelikan apabila di akhirat kelak ada ahli maksiat yang akan masuk syurga kerana taubatnya yg benar.
Manakala ada ahli ibadah yang dicampakkan ke dalam neraka kerana amalnya yang penuh dengan riak dan takkabur.
Semoga amalan kita tidak menjadi seperti buih-buih di lautan. Kosong, tiada nilai dihadapan Allah dek kerana tiada keikhlasan keranaNya
No comments:
Post a Comment