Thursday, 27 February 2020

Membakar Kayu dan Daun Kering di Musim Hujan

Waktu ini sedang panas dgn persoalan siapakah PM8. Di saat ini jgnlah siapa siapa lupa ada pelbagai rupa penulisan yg timbul di media perdana dan juga media sosial. Ada yg jadi penyampai, ada yg memfitnah, ada yg menujum, ada yg menganalisa, ada yg jadi tukang fwd sahaja dan ada juga yg membuat lawak sinis. Apa pun yg berlaku saya ucapkan tahniah kepada semua pimpin, polis, tentera dan rakyat Malaysia kerana menjaga keharmonian dan keamanan bersama. Masing masing selesa seolah olah tiada apa yg berlaku di peringkat pimpinan tertinggi negara.

Rakyat dihidanglan dengan beberapa perlembagaan negara. Saat ini juga barulah rakyat marhain memahami fungsi dan peranan institusi Raja Raja Melayu terutamanya YDP Agung.

Di saat ini saya mengambil langkah menulis untuk mewujudkan suasana cool, sesuai dgn prinsip Abg Mat.

Saya dilahirkan sebagai anak penanam padi. Bila umur setahun ayah dapat kerja sebagai buruh kelas rendah di kilang karbaiy, di Kg Air Putih. Ayah berkerja sehingga umur 58 tahun. Al Fatihah untuk arwah ayah.

Waktu yg paling meriah ialah musim menuai padi. Ayah akan tukar shif kerja dari pagi ke petang atau malam.Waktu tu aku kecik lg. Waktu ayah memukul padi, aku pun ikut, kononya nak menolong sabaliknya aku sebenarnya menyusahkan dia. Namun waktu itu, ayah seronok dan ceria je dgn telatah aku.

Waktu ayah pikul padi, aku pun nak pikul juga, arwah ayah letak padi dlm kain lap peluh dia, aku pun ikut dia di belakang memikul secupak padi. Waktu itu pokok padi lebih tinggi dari aku. Muka aku berkilat kilat dan comel je. Pak Su yg sedang belajar di UM pun turun juga membantu ayah.

Setelah jerami padi kering, sekitar jam 3 ptg, arwah ayah turun ke bendang untuk bakar jerami. Nenek dan mak pegang aku kuat kuat. Sebab waktu itu naluri nak ikut ayah ni sentiasa kuat. Nenek kata bahaya, sebab ada beras arwah nenek mati kena sondol dgn babi tunggal ketika nak bakar jerami lama waktu dahulu. Arwah Ipar nenek tu, menjanda sampai la meninggal. Sempatlah arwah besarkan anak saudaranya ( adik mak) yg oku. Adik mak mati di awal usia remaja.

Kelihatan dari jauh asap putih menebal. Ayah bakar yg jauh dr rumah dahulu berakhir dengan yg paling dekat dgn rumah . Bukan rumah pun, dangau je. Belantaikan kayu, berdinding dan beratap rumbia je. Malamnya satu pelita sudah cukup menerangi seluruh dangau kami. Cuaca sejuk dan nyaman. Berkelambu pun masih berselimut kain pelekat. Waktu siang pula steady je berseluar pendek dan tak berbaju. Perut boroi. Ada cacing.

Lengkaplah kerja ayah, kami pun balik semula ke rumah di Kg Air Putih.

Masa begitu cepat berlalu. Waktu aku habis SRP ayah ajak aku pi menebas tanah. Ayah dah lama dapat tanah tu, tapi baru waktu itu punya kesempatan untuk memajukan tanah tersebut.

Bila kami ke kebun, ayah di depan , aku di belakang  dgn  2 orang adik lg. Kadang kadang ayah ada duit lebih,  ayah upah kawan kawan sebaya untuk bantu kami teroka tanah tersebut. 

Anak anak kayu yg ditebas dikumpul  beberapa tempat. Kami biarkan kering. Barulah nampak anak anak pokok yg pernah di tanam sebelum ini. Pokok pokok menjadi bertambah segar dan cantik setelah mendapat hujan, baja dan pencahayaan yg cukup.

Bila musim panas, musim hujan kurang, kayu kayu yg kami timbun dah kering sgt. Aku pun minta izin utk membakar pada waktu petang .

Aku sangka arwah ayah akan membakar kayu kayu tersebut seperti dia membakar jerami padi sewaktu aku masih kecil. Arwah membakar kayu kayu tersebut di waktu pagi sekitar jam 10 pagi setelah kayu kayu tersebut ditimpa hujan semalamnya.

Api membakar kayu perlahan lahan , tidaklah semarak api membakar jerami. Baru aku faham, membakar di dalam kebun berbeza dgn membakar jerami padi.

Di kebun byk pokok dan anak anak pokok yg perlu dijaga . Api yg terlalu marak dan angin yg kuat mampu membakar anak anak pokok berdekatan. Sedangkan, di sawah tiafa pokok yg perlu dijaga.

Jadi dalam suasana kita berkomuniti kita kena jaga cakap dan penulisan kita. Kalau nak bakar, kena lihat suasana dan masa. Jgn sampai harta dan persahabatan kita terbakar disebabkan oleh amarah kita.

Ada masa kita cuma perlu biarkan kayu kayu tersebut mereput dengan sendiri. Kesabaran yg tinggi diperlukan.
Berhati hatilah menulis dan bertutur. Terima kasih.

Aku








No comments:

Post a Comment