Jom kita buat hotel...
Jom...nak buat di mana?
Jom kita buat di sana.
Jom. Di mana??
Jom ikut aku. Aku tunjukkan.
Jomm kita tgk tanah siapa yg kena.
Jommm nanti panas pula.
Pak Maun....ni ke tanahnya?
Pak Maun yg punya tanah ni..
Pak Maun yg mana?
Pak Maun Ketua Bahagian sini la..
Pak Maun yg ni ka?
Pak Maun ni la..
Pak Maun , Pak Maun ada duit ka?
Pak Maun memang ada duit.
Pak Maun hebat, nanti tempat ni maju la.
Pak Maun yakin hotel ini akan maju.
Pak Maun, lapaq la.
Pak Maun mood baik hari ni, hg nak makan kepala gajah pun Pak Maun belanja.
Tuan Do, jom kita buat hotel.
Tuan Maun, kenapa perlu buat hotel?
Tuan Do, ini adalah strategi untuk mengukuhkan aset Tabung Hajah
Tuan Maun, ceritakan modus operandinya.
Tuan Do, saya ada tanah yg strategik.
Tuan Maun, berapa harganya?
Tuan Do, murah sahaja..
Tuan Maun, berapa tu ?
Tuan Do, 5 kali harga pasaran je.
Tuan Maun, itu kerja gila.
Tuan Do, 1 untuk Tuan Do 1 untuk boss Tuan Do, 1 untuk Menteri Tuan Do.
Tuan Maun, idea tuan ni hebat.
Tuan Do, Tabung Hajah kan banyak duuwit.
Tuan Maun betul, hari hari ada je yg isi duit dalam Tabung Hajah.
Tabung Hajah banyak duuwit.
Tabung Hajah duitnya di darat dan di laut.
Tabung Hajah duitnya di Udara dan juga di dalam bumi.
Tabung Hajah hari hari orang isi.
Tabung Hajah duitnya bertimbun timbun.
Tabung Hajah duitnya tak mungkin habis.
Hebat ke Hotel Hajah ni?
Hebat sgt.
Hebat lokasi dan harga tanahnya.
Hebat juga kos guamannya.
Hebat juga kos arkiteknya.
Hebat juga kos penilaiannya.
Hebat juga kos perundingnya.
Hebat juga kontraktor yg membinanya.
Hebat juga macam mana tu?
Hebat juga la, purata semua kos 3 kali ganda dari kos pasaran semasa.
Hebat juga hebat hebat ni, ramai yg buat untung.
Yang untung broker tanah. Tuan tanah meleleh je la.
Yang untung arkitek, peguam, juru nilai.
Yang untung kontraktor Melayu, 5 persen
Yang untung sub kon Cina.
Yang untung Bangla dan Indon, jadi pekerja
Yang untung Kemboja yg jual goreng pisang di site.
Yang untung juga ialah orang kampung.
Yang untung orang kampung?
Yang untung orang kampung sebab dpt lihat pembangunan di kampung mereka.
Yang untung pendeposit Tabung Hajah, bila siap hotel nanti, boleh dpt dividen tinggi.
Hotel dah siap tuan,
Hotel dah siap. Tahniah.
Hotel dah siap , dah boleh operasi.
Hotel dah siap, kita bagi sewa.
Hotel dah siap, kita bagi sewa kat siapa?
Hotel dah siap, kita tubuhkan anak syarikat yang akan sewa hotel.
Anak syarikat siapa?
Anak syarikat Tabung Hajah la
Anak syarikat Tabung Hajah?
Anak syarikat Tabung Hajah akan urus hotel.
Anak syarikat tu nama apa?
Anak syarikat tu bernama Tabung Hajah Hotel and Resort (TMHR).
TMHR sewa hotel yg Tabung Hajah buat dgn kos paling rendah?
TMHR sewa dengan harga adik beradik.Tak perlu mahal mahal.
TMHR dapat mana duit untuk operasi?
TMHR kos operasinya menggunakan wang pendeposit Tabung Hajah.
TMHR punya kos overhead?
TMHR kos overheadnya juga akan pakai duit pendeposit Tabung Hajah.
Pak Maun seronok ka?
Pak Maun seronok sungguh.
Pak Maun seronok pasai pa?
Pak Maun seronok sebab depa pakai tanah Pak Maun.
Pak Maun seronok ka dgn kontraktor?
Pak Maun seronok la?
Pak Maun seronok pasai pa?
Pak Maun seronok sebab Pak Maun la kontraktornya.
Pak Maun seronok ka dgn arkitek?
Pak Maun seronok la...
Pak Maun seronok pasai pa?
Pak Maun seronok sebab arkitek anak Pak Maun, pembekal perabut adik Pak Maun, cleaner Mak Cik Pak Maun, pembekal komputer anak saudara belah bini Pak Maun, lawyer projek menantu Pak Maun. Boleh kata semuanya ada kaitan dgn Pak Maun.
Pak Maun seronok sgt ka sekarang?
Pak Maun seronok sgt sebab TMHR pun Pak Maun Pengerusinya, ratus ribu elaun Pak Maun sebulan.
Pak Maun seronok sgt , macam ada rahsia je.
Pak Maun seronok sangat, bila duit hotel tak cukup, kami boleh pakai duit pendeposit .
Taķ takut ka Pak Maun?
Tak takut pun.
Tak takut pasai pa?
Tak takut pasai Menteri kawan Pak Maun,
Tak takut aih, nanti masa pemilihan depa mai minta undi dgn Pak Maun.
Tak takut pun, Perdana Menteri kamcing sgt dgn Pak Maun.
Untung ke hotel tu Pak Maun?
Untung , untung sgt sgt.
Untung camna, tak nampak orang masuk pun?
Untung ka dalam setahun, masa musim hj ja org mai?
Untung, hang tengok la report yg Pak Maun bagi kat SSM.
Untung besaq sangat ke Pak Maun?
Untung besaq la, untung lepas cukai lebih tinggi dari untung sebelum cukai.
Tiada kena mengena dgn yg hidup atau pun yg telah mati.
No comments:
Post a Comment